PENTAULIAHAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN (PBB) DAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN SWIFT WATER RESQUE TEAM (PBB SWART) SIRI 1 /2022
Kuching, 16 Mac 2022
YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyempurnakan Majlis Ringkas Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dan Pegawai Bantuan Bantuan Swift Water Resque Team (PBB SWART) siri 1 /2022 pada pagi ini. Seramai 35 orang PBB dan 10 orang PBB SWART telah ditauliahkan setelah lengkap menghadiri Kursus Pentauliahan dengan jayanya selama 10 hari bermula 6 Mac 2022. Kesemua PBB ini akan bertugas di BBP Asajaya, BBP Bintangor, BBP Daro, BBP Kapit, BBP Saratok, BBP Serian, BBP Sibu Jaya, BBP Siburan, BBP Song, BBP Mukah dan BBP Tanjung Manis, manakala 10 orang PBB SWART akan bertugas secara on call di BBP Tabuan Jaya dan BBP Petra Jaya. Hadir sama ialah PgKB II Kurung anak Suwen, Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran dan PgB Azizah binti Salim, Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat.