MAJLIS RINGKAS PENGAGIHAN BUAH KURMA UNTUK PETUGAS BARISAN HADAPANJumaat, 23 April 2021
Majlis Ringkas Pengagihan Buah Kurma Untuk Petugas Barisan Hadapan dari YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Yassin Perdana Menteri Malaysia kepada petugas barisan hadapan telah disempurnakan oleh YS PKPjB Khirudin Drahman, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak pagi ini.Turut hadir menerima agihan tersebut ialah TPgB II Eddy Zulkifli Abdullah, Pemangku Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak dan Pegawai-pegawai kanan jabatan.Seluruh Warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Malaysia di atas pemberian ini.