MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM FIRE POINT, BOMBA KOMUNITI, CELIK SURI, MKAA & 3K DI LONG BUSANG, BELAGA SARAWAK KOLABORASI JBPM NEGERI SARAWAK DAN PETRONAS

11 Februari 2023 (Sabtu), Majlis Perasmian Penutupan Program Fire Point, Bomba Komuniti, Celik Suri, MKAA & Kelab 3K di Long Busang telah di sempurnakan oleh YS Pengarah, Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini.

Pada hari yang penuh bersejarah berkenaan, terdahulunya diadakan demonstrasi Pasukan Bomba Komuniti & Majlis Keselamatan Aktiviti di Air (MKAA) oleh penduduk di Long Busang di hadapan YS Pengarah dan VIP dari Petronas. Majlis seterusnya dihiasi dengan persembahan sambutan tarian suku kaum Long Busang.

Dalam pada majlis yang sama, penduduk Long Busang turut menerima sumbangan 100 alat pemadam api yang telah disumbangkan oleh pihak Peteronas. YS Pengarah dalam ucapannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan kolaborasi iaitu pihak Pertonas kerana telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan aktiviti serta menyumbangkan keseluruhan kos sebanyak RM 98,000.00 bagi kegunaan makan minum, hadiah, baju serta sumbangan Alat Pemadam Api kepada penduduk Long Busang. YS Pengarah secara peribadi turut menyumbangkan wang tunai sebanyak RM 1,000.00 kepada Ketua Kampung Long Busang bagi kegunaan aktiviti penduduk di sana.

Seramai 173 orang penduduk telah menjayakan aktiviti pada program berkenaan dengan pelbagai aktiviti khususnya tentang ilmu kebombaan kepada Pasukan Bomba Komuniti, keselamatan kebakaran kepada peserta Celik Suri & tatacara penyelamatan di air menggunakan tali bagi kanak-kanak berumur 7-10 tahun untuk aktiviti MKAA serta Pertandingan mewarna Kanak-kanak Pra Sekolah di Long Busang.

Program di Long Busang merupakan program yang diadakan julung-julung kalinya di lokasi terpencil oleh pihak Bomba Sarawak bersama Petronas yang bermula pada 09.02.2023 sehingga kepada hari kemuncak pada 11.02.2023. Kolaborasi seperti ini adalah selaras dengan Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negara 2020-2030 di bawah Teras 2 (Dua) Amalan dan Pembudayaan Keselamatan. Sesungguhnya ianya sangat memberikan sepenuhnya manfaat kepada seluruh penduduk di Long Busang (seramai 1,250 penduduk) dan dalam pada masa yang sama memotivasikan seluruh warga Bomba Sarawak untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Turut hadir menjayakan misi Program di Long Busang selama 3 hari adalah PgKB I Mohamad Fauzi bin Moht. Kifli, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran serta rombongan dari Ibu Pejabat JBPM Sarawak, Zon 4 (Sibu) & Zon 5 (Bintulu).

English EN Malay MS
Skip to content