








Kuching, 26 April 2025
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Dato Wee Hong Seng, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan di BBP Tabuan Jaya pagi ini.
Dalam majlis tersebut, seramai 50 orang telah dilantik sebagai Ahli Bomba Komuniti kawasan Tabuan yang terdiri daripada 5 buah kampung. Turut diserahkan ialah Alat Pemadam Api daripada MBKS kepada kampung tersebut.
Hadir sama ialah PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Sarawak dan YBhg Datuk Zaiedi Suhaili, Timbalan Datuk Bandar MBKS.