bk8 bk7 bk6 bk5 bk4 bk3 bk2 bk1
KUCHING, 5 MAC 2023
YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah binti Sayed Aman Ghazali, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-undang MA63 dan Hubungan Negeri – Persekutuan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.7 Samariang menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Bomba Komunit Petra Jaya di Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya petang ini.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut menyokong penuh program seumpama ini. Beliau turut menyeru masyarakat terutamanya golongan wanita untuk terus sentiasa mempelajari ilmu kebombaan.
Hadir sama dalam Majlis tersebut ialah YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan PgKB I Janggan anak Muling, Ketua Zon 1 SK.