






Bau, 25 April 2025
Seramai 60 orang pelatih PBB telah berjaya menamatkan kursus pada hari ini dengan, yang akan mengisi keperluan di 14 buah Balai Bomba di Sarawak. Kursus asas tersebut telah diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak selama 2 minggu.
Majlis pagi tadi telah disempurnakan oleh PPjB Tiong Ling Hii, TImbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak. Dalam ucapannya beliau memaklumkan Jabatan telah berusaha untuk mempertingkatkan dan memperkasakan perkhidmatan PBB, khususnya dalam meningkatkan tahap kompetensi melalui aspek kemahiran (skill), pengetahuan (knowledge) dan sikap (attitude) dalam melaksanakan tugasan harian. Perkara ini telah dimasukkan dalam Sistem Tugasan Balai (STB) yang telah dilaksanakan di seluruh balai bermula Oktober Tahun 2024. Seiring dengan perubahan tersebut, jabatan juga telah mengeluarkan arahan untuk melaksanakan Penilaian Pencapaian Tahunan setiap tahun kepada PBB bagi memastikan pemantauan berterusan dilaksanakan dan juga telah melaksanakan Anugerah Khidmat Terpuji sebagai pengiktirafan kepada PBB yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan. Inisiatif ini merupakan satu usaha jabatan dalam mengangkat martabat serta meletakkan taraf perkhidmatan PBB ke tahap yang lebih tinggi, seiring dengan keperluan semasa dan aspirasi jabatan.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah PgKB I Alimaddia bin Bukri, Penolong Pengarah Operasi, JBPM Negeri Sarawak.