Kuching,18 Julai 2023
YAS Dato’ Abdul Wahab bin Haji Mat Yasin, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022 JBPM Negeri Sarawak bertempat di Raia Hotel and Convention Centre Kuching.
Seramai 22 orang menerima pingat terdiri daripada seorang penerima Pingat Jasa Bomba, 4 orang penerima Pingat Setia Bomba dan 17 penerima Pingat Cemerlang Bomba. Bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pula adalah seramai 104 orang yang terdiri daripada pegawai bomba dan pegawai gunasama di seluruh negeri Sarawak.
Hadir sama ialah YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak, PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan PgKB II Jesica anak Sylester Embuas, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak.
Jurukamera : PB Mohd Arbi Abdul Hamid, PB Jonathan Hilbert Juah, PB Anif Hanafi, PB Mohamad Luqmanul Hakim Jasni.