Kuching, 9 April 2021
YB Datuk Hajah Zuraida binti Kamarudin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia telah hadir ke Majlis Makan Malam bersama Pegawai Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak di Tabuan Jaya malam ini.Dalam majlis tersebut beliau telah merasmikan logo Pasukan Mountain Cave Search and Rescue (MOCSAR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Pasukan ini terdiri daripada 10 orang Pegawai Bomba Bantuan yang terdiri daripada penduduk di Mulu. Mereka telah diberikan latihan menyelamat dan telah dilantik oleh jabatan bagi membantu menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Mulu. Logo ini turut akan digunapakai di seluruh Malaysia bagi pasukan yang sama.Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YAS Dato’ Sri Ts Mohammad Hamdan bin Hj Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YB Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, YS PKPjB Khirudin bin Drahman, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dan pegawai-pegawai kanan jabatan.