Sri Aman, 25 Februari 2022 – MAJLIS APRESIASI HERO BOMBA
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg Datu Indit Bangai Residen Bahagian Sri Aman & YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak. Dalam majlis tersebut, YBhg Datu Residen dan YS Datu Pengarah telah menyerahkan Sijil Penghargaan kepada Pasukan KIK BBP SRI AMAN (BENAK REVOLUTION) di atas pencapaian & kecermelangan yang telah diperolehi. Selain itu turut diserahkan Sijil Hero Bomba kepada 7 orang penerima yang telah membantu memadam kebakaran rumah panjang. Turut diserahkan sijil penghargaan kepada Pasukan Bomba (PBS) Sukarela Engkelili, PBS Tanjung Engkababng & PBS Lacau.