Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi melakukan rondaan dan pemantauan banjir di Kampung Long Bemang, Sungai Apoh, Baram dan Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Long Bemang, Sungai Apoh Baram di sini, hari ini.
Rondaan dilakukan mulai jam 9.05 pagi hingga jam 11.00 pagi itu turut disertai pihak Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan Persatuan Bomba Sukarela Long Bemang.
Pemantauan ke SK Long Bemang juga telah diadakan oleh pasukan Pemantau. Sekolah tidak beroperasi kerana bangunan kelas dimasuki air dan tiada perpindahan dilakukan. Setakat ini, semua penduduk kampung yang terjejas berpindah ke tingkat atas rumah masing-masing, tiada pemindahan dilakukan.
Kemudiannya pasukan Bomba bergerak ke kampung Long Panai untuk pemantauan di kampung tersebut. Operasi diketuai PPgB Maureen Sim Ah Lian, Ketua BBP Marudi.