Pegawai daripada Pejabat Bomba Zon Limbang, diketuai PPgB Zaki Hussin, telah mengadakan taklimat dan latihan sempena Program Border CERT (Community Emergency Response Team) Anjuran Unit Keselamatan Dan Penguatkuasaan Sarawak Jabatan Premier Sarawak. Program yang berlangsung di Kawasan luar & Dalam Kolam Renang Awam Limbang telah melibatkan seramai 19 orang penduduk daripada kawasan Mendamit.