YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak hadir pada Sesi Ujian Perjalanan Bot di Sungai Pandaruan, Limbang pada pagi tadi. Sebelum sesi dimulakan, PgB Awangku Mohamad Hazmin bin Awang Zainal, Ketua Zon 7 JBPM Negeri Sarawak telah menyampaikan taklimat ringkas keselamatan di air dan serba sedikit mengenai aset menyelamat di air jabatan yang terdapat di Zon 7 kepada hadirin. Turut hadir sama ialah Tuan Haji Sebi bin Haji Abang, Residen Bahagian Limbang.