YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak menyempurnakan Majlis Penutupan Program Bomba Komuniti, Fire Point dan Kempen Keselamatan Kebakaran Zon 7, Sarawak bertempat di Kampung Seberang Kedai, Limbang. Program latihan bagi Bomba Komuniti dan Celik SURI (Sedia Urus Risiko Isirumah) yang telah bermula sejak 25 Jun 2022 tersebut dihadiri seramai 92 orang peserta. 6 Pasukan Bomba Komuniti yang telah ditubuhkan dan 36 orang ahli Celik SURI yang terdiri daripada penduduk sekitar telah menerima latihan khusus daripada Pegawai Bomba Zon 7 Sarawak. Selain itu, ahli PERISMA juga turut menerima sijil penghargaan. Hadir sama ialah Tuan Haji Sebi bin Haji Abang, Residen Bahagian Limbang dan PgB Awangku Mohamad Hazmin bin Awang Zainal, Ketua Zon 7 JBPM Negeri Sarawak.
fire9 fire8 fire7 fire6 fire5 fire4 fire3 fire2 fire13 fire12 fire11 fire10 fire1