











Saratok, 31 Januari 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyantuni pegawai- pegawai yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Saratok.
Ketibaan YS Pengarah disambut oleh PgB Muhammad Rais Adham bin Rosalan, Ketua Zon 3 Sarawak, PPgB Putra bin Ila, Ketua Balai BBP Betong Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Kabong, Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Beladin dan Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Sungai Ruan dan anggota BBP Saratok.
Seterusnya, YS Pengarah dibawa melawat kawasan BBP Saratok sambil memeriksa keadaan fasiliti bangunan, kesiapsiagaan jentera dan aset balai. Beliau kemudiannya menerima taklimat mengenai Profil Balai, statistik, maklumat dan hala tuju BBP Saratok.
UPA Bomba Sarawak