







Kuching, 7 Januari 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyantuni Pegawai- pegawai yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya.
Ketibaan YS Pengarah disambut oleh TPgB II Latif bin Iring, Ketua Balai BBP Petra Jaya bersama pegawai-pegawai bertugas. Seterusnya, YS Pengarah dibawa melawat kawasan BBP Petra Jaya sambil memeriksa kesiapsiagaan jentera, aset balai dan fasiliti bangunan. Beliau kemudiannya menerima taklimat mengenai statistik dan maklumat BBP Petra Jaya.
Hadir sama ialah PgKB I Alimaddia bin Bukri, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Sarawak.
UPA Bomba Sarawak