Kuching, 6 Januari 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyantuni Pegawai- pegawai yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Padungan.
Ketibaan YS Pengarah disambut oleh TPgB II Tan Min Chai, Ketua Balai BBP Padungan bersama pegawai-pegawai bertugas. Seterusnya, YS Pengarah dibawa melawat kawasan BBP Padungan sambil memeriksa keadaan fizikal kenderaan. Beliau kemudiannya menerima taklimat mengenai statistik dan maklumat BBP Padungan.
Hadir sama ialah PgKB I Alimaddia bin Bukri, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Sarawak.
Balai Bomba Dan Penyelamat Padungan
UPA Bomba Sarawak