
















Batu Niah, 6 Februari 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyantuni pegawai- pegawai yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah.
Ketibaan YS Pengarah disambut oleh Ketibaan YS Pengarah disambut oleh PgKB I Ismaidi bin Hj. Ismail, Ketua Zon 6 Sarawak, PgKB II Awangku Mohd Hazmin bin Awang Zainal, Ketua Cawangan Penyiasatan Kebakaran Zon 6, PBT II Rary anak Binjie, Ketua BBP Batu Niah dan anggota BBP Batu Niah.
Seterusnya, YS Pengarah dibawa melawat kawasan BBP Batu Niah sambil memeriksa keadaan fasiliti bangunan, kesiapsiagaan jentera dan aset balai. Beliau kemudiannya menerima taklimat mengenai Profil Balai, statistik, maklumat dan hala tuju BBP Batu Niah.
Hadir sama ialah En. Yong Hin Yew, Pengerusi PBS Batu Niah dan Kapitan William Thien, Setiausaha PBS Batu Niah.
UPA Bomba Sarawak