Sebauh, 2 April 2021
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Negeri (PPON), PgKB I Henderi bin Ardimansyah mewakili YS Pengarah JBPM Negeri Sarawak telah mengadakan lawatan dan menyantuni Pasukan Bomba Sukarela Sebauh pada pagi ini.Beliau turut menjalankan pemeriksaan jentera dan peralatan dan menyampaikan pakaian t-shirt serta beramah mesra dengan ahli pasukan PBS yang hadir sepanjang lawatan dijalankan.Turut hadir bersama ialah PgKB II John Sagun Francis, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, TPgB I Christus Buson, Ketua Balai BBP Bintulu dan juga pegawai – pegawai kanan Zon 5.