Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Wilayah Sarawak.
Acara perasmian penangguhan dimulakan dengan Persembahan Hadrah Kampung Awat-Awat bagi menyambut ketibaan YB Datuk Amar. Majlis diteruskan dengan ucapan wakil Pasukan Bomba Komuniti, Ucapan Ketua Zon 7 mewakili YS Datu Pengarah JBPM Wilayah Sarawak.
Seterusnya ucapan perasmian penangguhan oleh YB Datuk Amar dengan gimik perasmian memotong reben ‘fish tail’ Bomba Komuniti. Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan Life Bouy bagi Majlis Keselamatan Aktiviti Air dan Demonstrasi Penyelamatan di air oleh unit PPDA BBP Lawas.
YB Datuk Amar turut menyampaikan alat pemadam api, sijil Bomba Komuniti, Sijil Skuad Celik S.U.R.I dan hadiah Pertandingan Mewarna Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak (3K). Hadir sama ialah YB Dato’ Henry Sum Agong, Timbalan Menteri Pengangkutan, YBhg Datu Haji Ubaidillah, Pengarah NRDA dan PgB Awangku Hazmin, Ketua Bomba Zon Limbang