LATIHAN PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN (PKK) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 KEPADA PESERTA JBPM NEGERI SARAWAK
Tarikh : 5 Julai 2024 (Hari ke-2)
Masa : 0930 hrs
Tempat : Dewan Serbaguna JBPM Negeri Sarawak
Perkara :
Physical Fitness & Screening peserta PKK
Latihan kecergasan hari ke-2 diadakan untuk meningkatkan stamina serta kekuatan fizikal setiap peserta. Antara latihan yang dijalankan adalah seperti sit up, plank jack, Russian twist, leg raise dan plank. Latihan diteruskan dengan jogging sejauh 2.4km dan diakhiri dengan cooling down.