






Sibu, 1 Mei 2025
Kursus Unit RIM JBPM Negeri Sarawak telah diadakan di BBP Sibu Central pada 28 hingga 30 April 2025. Kursus 3 hari tersebut melibatkan seramai 3 orang Jurulatih dan 19 orang anggota unit.
Dalam kursus tersebut tururt diadakan ujian perjalanan jarak jauh dari Sibu ke Daro, Mukah, Selangau dan Song. Majlis Ringkas Penutupan Kursus telah disempurnakan oleh PgKB I Ts. Andy Alie, Ketua Zon Sibu. Hadir sama ialah TPgB II Mohamad bin Suhaili, Ketua BBP Sibu Central, PKPgB Tc. Mirza Dzalmira Miraj, Advisor RIM JBPM Negeri Sarawak dan Vincent Baling Yabi, Pegawai Latihan Zon Sibu.