KUNJUNGAN SARAWAK ENERGY BERHAD KE COMMUNITY LEARNING CENTRE BATU LINTANG

Kuching, 13 Mac 2023

YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah Jabatab Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menerima kunjungan daripada Ir. Robin Tigai, General Manager, Health, Safety, Security and Enviroment, Sarawak Energy Berhad (SEB) di CLC Batu Lintang.

Antara perkara yang dibincangkan ialah menaiktaraf kemudahan dan merangka program yang akan dijalankan di CLC Batu Lintang selaras dengan tanggungjawap sosial korporat (CSR) pihak SEB.

Hadir sama ialah PgB Wee Ming Hui, Ketua Cawangan Kesedaran Awam, Bahagian Kesedaran dan Keselamatan JBPM Sarawak.

English EN Malay MS
Skip to content