







Kuching, 14 Januari 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak membuat Kunjungan Hormat kepada YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak.
Ketibaan YS Pengarah disambut oleh YBhg. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan bersama pegawai kanan beliau dan seterusnya di jemput ke pejabat untuk sesi suai kenal dan membincangkan hubungan strategik, hala tuju jabatan, perancangan pembinaan Balai Bomba di sepanjang jajaran jalan utama Pan Borneo dan isu perjawatan.
Turut hadir bersama dalam kunjungan hormat tersebut ialah PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Sarawak.
UPA Bomba Sarawak