YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak menerima kunjungan hormat daripada Tuan Peter J. Berinus Agang, Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sarawak sebentar tadi. Hadir sama ialah PgKB I Mohamad Fauzi bin Moht Kifli, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Sarawak.