solat7 solat6 solat5 solat4 solat3 solat2 solat1
Program Solat hajat, Doa, Bacaan Yassin & Tahlil dan tazkirah awal Tahun 2023, telah diadakan di Surau As-Shuhadah, Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak pagi ini. Majlis turut dihadiri oleh YS PKPjB Datu Khirudin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak. Hadir sama PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Operasi dan Kebombaan Negeri, selaku Pengerusi Surau As-shuhadah, PgKB I Mohamad Fauzi bin Hj Mohamat Kifli, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, PgKB II Rafie bin Sapar Penolong Pengarah Latihan, dan Pegawai-pegawai bomba serta pegawai gunasama Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak.
Program dimulakan dengan Solat Sunat hajat 2 Rakaat, doa selamat / awal tahun, selepas itu diteruskan dengan bacaan Yassin dan Tahlil yang dipimpin Oleh Imam I, PBK II (KUP) Muzammi bin Mohaini dan diakhiri dengan Tazkirah Ringkas oleh PgKB I Henderi bin Ardimansyah, serta amanat oleh YS PKPjB Datu Khirudin Drahman@Hussaini, selaku Penasihat Surau As-shuhadah.
Diharap program-program yang dilaksanakan dan yang telah dirancang bagi mengimarahkan Surau Ibu Pejabat JBPM Sarawak sepanjang tahun 2023 akan berjalan dengan lancar dan mendapat rahmat serta keredhaan-Nya. InshaAllah. Amin.