Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sarawak 2023 yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari, Premier Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Kuching pada pagi tadi.
Pasukan Bomba turut terlibat dalam Persembahan Fire Cry dan konvoi Kembara Merdeka bersama agensi lain.
Turut hadir bersama Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak, Encik Jaafar Jantan, Pengarah Penerangan Sarawak, Datuk Mancha Ata, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Tuan Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi dan YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah Bomba Sarawak.