wa8 wa9 wa7 wa6 wa5 wa4 wa3 wa2 wa10 wa1
YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Penempatan Pegawai Bomba Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak pada pagi tadi. Pada majlis berkenaan, seramai 112 orang Pegawai Bomba telah menerima watikah penempatan yang akan melapor diri bertugas di balai-balai bomba di seluruh negeri Sarawak. Hadir sama ialah PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Sarawak