Kuching, 27 Februari 2023 – YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini menyempurnakan program Perhimpunan Bulanan JBPM Negeri Sarawak

YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini menyempurnakan program Perhimpunan Bulanan JBPM Negeri Sarawak pagi ini. Dalam majlis tersebut , turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran, Ketua Zon Kuching, Sibu dan Miri.

Selain itu, YS Datu turut menyempurnakan pemakaian tanda pangkat kepada Pegawai Bomba Kanan I (KUP) dan Pegawai Bomba Kanan II (KUP).

Turut hadir pada majlis tersebut ialah PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak.

English EN Malay MS
Skip to content