Kuching, 25 Januari 2022
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak yang telah memenangi Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS 2020) kategori Anugerah Kecemerlangan Penguatkuasaan (Emas – Johan) sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak hari ini. Dalam pertandingan tersebut, tempat kedua (Perak) telah dimenangi oleh Jabatan Hutan Sarawak dan tempat ketiga (Gangsa) oleh Sarawak Forestry Corporation. ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGUATKUASAAN AKPANS 2020 ini adalah pengiktirafan kerajaan Negeri kepada usaha-usaha JBPM Sarawak dalam melaksanakan tanggungjawab Penguatkuasaan Akta 341 dalam memastikan pelaksanaan dan pematuhan arahan dan dan syarat FC (Fire Certificate) ke atas premis-premis berisiko tinggi seperti kilang dan loji mematuhi keperluan pepasangan kebombaan secara pasif dan aktif serta amalan-amalan budaya keselamatan. Penilaian ari gerak kerja, pematuhan pemeriksaan , elemen integriti pegawai dalam pelaksanaan tugasan dan kerjasama pemilik dan pengendali premis.
YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak mewakili jabatan telah menerima piala dan hadiah daripada YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak di Borneo Convention Centre Kuching.
Sekalung tahniah diucapkan kepada JBPM Negeri Sarawak.