tp2 tp5 tp4 tp3 tp1
PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak menyempurnakan Majlis ringkas penghargaan pihak Regal International Group kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak berlangsung di Bilik Seminar, Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak jam 2.00 petang.
Majlis diadakan sebagai manifestasi penghargaan pihak Regal di atas kecekapan dan kepantasan pasukan Bomba melaksanakan kerja-kerja pemadaman kebakaran yang melibatkan bangunan pangsapuri 12 tingkat dalam pembinaan di Jalan Tabuan Dayak, Kuching pada 21 November 2022 lepas.
Pengarah Eksekutif Regal, En Nicholas Wong telah menyampaikan penghargaan berupa plak kepada ketua-ketua balai yang terlibat iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Batu Lintang dan Petra Jaya. Dalam ucapan ringkas beliau menyatakan terima kasih dan amat menghargai tindakan pantas pasukan Bomba. Gerak kerja pemadaman yang efisien telah meminimakan kerosakan kepada bangunan terbabit. Turut hadir dalam majlis ringkas tersebut adalah PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat dan PgKB I Yusri bin Basri, Ketua Zon 1 (Kuching) Sarawak