Kuching, 18 Januari 2022 – MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN HERO BOMBA

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN HERO BOMBA

Kuching, 18 Januari 2022

YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah JBPM Sarawak menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Hero Bomba pada pagi tadi. Turut diadakan adalah penyampaian Sijil Balai Cemerlang dan Penghargaan kepada wakil (FIPCOM) EX SCDF D.A.R.T Specialist.

Pada 7 Januari 2022, tindakan pantas dan berani Hero Bomba dalam menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun di sebuah kebakaran rumah di Kampung Cina, Siburan. Manakala pada 11 Januari 2022 pula berlakunya kebakaran yang melibatkan Rumah Panjang Dennis. Seramai 7 orang Hero Bomba yang terdiri daripada penduduk rumah tersebut berganding bahu memadamkan kebakaran tersebut menggunakan Alat Pemadam Api.

Semoga komitmen dan nilai tanggungjawab seumpama ni dapat berterusan demi menjamin keselamatan kebakaran dalam kalangan masyarakat.

ms_MYMalay