Kuching, 18 FEBRUARI 2023 – PROGRAM MEGA BERKHATAN DI KPJ KUCHING

Satu majlis perasmian Program Mega Berkhatan telah diadakan di perkarangan KPJ Specialist Hospital pada pagi ini. Program julung kali diadakan ini melibatkan lebih 60 orang peserta dan majlis dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah binti Sayeed Aman Ghazali.

Program bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kebersihan selain memenuhi tuntutan agama. Program juga adalah baik kepada komuniti disamping sebagai aktiviti CSR, tanggungjawab kemasyarakatan serta sumbangan balik kepada komuniti sekitar.

Simbolik perasmian dengan menyiram peserta menggunakan semburan dari Jentera FRT Tabuan Jaya.

Hadir sama ialah TPgB II Mohamad bin Meramit, Ketua BBP Tabuan Jaya.

English EN Malay MS
Skip to content