agama2 agama5 agama4 agama3 agama1
YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman, Pengarah JBPM Negeri Sarawak hadir ke Program Mengeratkan Persaudaraan Bersama Badan-Badan Penguatkuasa Dan Ketua-Ketua Agama Lain anjuran bersama Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Jabatan Premier Sarawak dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak. Kehadiran Tetamu Kehormat telah disambut oleh En. Richard Lon, Pengarah UNIFOR dan En. Erick Jusiang, Timbalan Pengarah JPJ Negeri Sarawak. Pasukan YS Pengarah telah mendapat Johan dalam pertandingan menembak berkumpulan pada kali ini. Program ini juga diselitkan dengan ceramah ‘Jenayah Siber’ yang disampaikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seterusnya acara pertandingan menembak. Program disempurnakan oleh Setiausaha Persekutan Sarawak.