YB Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak
Merangkap Menteri Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak menyempurnakan Majlis Solidariti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dan Masyarakat Sarawak bertempat di Ibu Pejabat, JBPM Negeri Sarawak pagi ini.
Dalam majlis tersebut, beliau telah menyaksikan kolaborasi diantara JBPM Negeri Sarawak dan rakan kolaborasi strategik seperti Yayasan Farley, WEIDA, Gunung Berkat Sdn Bhd, WEIDA, EPR (Kuching) Sedn Bhd, PETROS serta Steel Recon Industries (SRI)
YB Timbalan Premier turut menyampaikan Sijil Penghargaan Hero Bomba kepada 6 orang Hero Bomba yang memadam kebakaran di rumah panjang di Saratok pada 13 September lepas.
Turut diadakan adalah soft launching bagi Pertandingan Kawad Kecekapan Organisasi Keselamatan Kebakaran dan Emergency Response Team Zon Selatan Tahun 2022.
Hadir sama ialah YS PKPjB Datu Khirudin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak, PgKB II Rafie Sapar, Penolong Pengarah Latihan, Dato’ Lee Choon Chin Group Executive Chairman
WEIDA Group, Encik Ismail bin Said
Vice President, Corporate Services & Human Resources Management PETROS, Encik Eujing Lau Presiden Yayasan Farley, Puan Alison Ong Chief Operating Officer Steel Recon Industries (SRI), Encik Awang Hishamudin bin Awang Hashim Pengurus Besar
Gunung Berkat Sdn Bhd dan Encik Syahrir Iman bin Suib
Ketua Pegawai Eksekutif EPR (Kuching) Sdn Bhd.