Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak telah melaksanakan Kursus Lanjutan Teknik Pemanduan Jentera Siri 1/2022 dari 8 Ogos 2022 hingga 12 Ogos 2022, bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang. Seramai 31 orang peserta telah berjaya menjalankan kursus ini. Tenaga pengajar seramai 5 orang diketuai oleh Tuan Haji Hood dari Kejuruteraan Putrajaya. Kursus ini telah memberi panduan dan tunjuk ajar bagaimana memandu jentera dalam keadaan kecemasan, cara membrek kenderaan Dan Teknik pemanduan di dalam bandar. Kursus seperti ini amat perlu kepada pegawai Bomba terutamanya pemandu jentera. Teknik pemanduan yang betul dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan jentera berada dalam keadaan baik. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh PgB Wan Abdul Mubin, Pegawai Latihan, JBPM Negeri Sarawak. -Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Negeri Sarawak