Balai Bomba Dan Penyelamat Lawas – Lawas 27.04.2022. KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN MUSIM PERAYAAN
BBP Lawas telah menganjurkan Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan di Bazaar Ramadhan Lawas. Pemilihan lokasi bazaar ramadhan dilakukan kerana menjadi tumpuan masyarakat setempat. Antara pengisian program termasuklah ceramah keselamatan kebakaran, tatacara menggunakan alat pemadam api (konsep PASS), demonstrasi kebakaran dapur gas dan cara memadamkannya dan kuiz kebombaan. Turut disampaikan alat pemadam api kepada pengunjung yang berjaya menjawab soalan kuiz kebombaan.
pkk9 pkk8 pkk7 pkk6 pkk5 pkk4 pkk3 pkk2 pkk10 pkk1