Ice Breaking Pasukan Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 Kepada Peserta JBPM Negeri Sarawak
Tarikh : 10 Julai 2024
Masa : 1430 hrs
Tempat : Bilik Seminar, Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak
Majlis telah disempurnakan oleh Penolong Pesuruhjaya Bomba, PPjB Tiong Ling Hii, Pemangku Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan diiringi oleh Penguasa Kanan Bomba, PgKB II Azizah binti Salim, Penolong Pengarah Bahagian Latihan dan PgB Wilfred Epin dari Bahagian Latihan.
Dalam ucapan dan amanat yang disampaikan, beliau menyuntik kata-kata semangat kepada setiap peserta dimana usaha dan komitmen yang tinggi akan menjanjikan hasil yang positif. Tiada lain yang diharapkan selain kejayaan yang akan dibawa pulang ke Bumi Kenyalang.