BSN CARE 2023 – FIRE AWARENESS PROGRAMME

Kuching, 08 Mei 2023

YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyempurnakan majlis ringkas BSN Care 2023 – Fire Awareness Programme di Bilik Seminar Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak sebentar tadi.

Dalam program tersebut, BSN telah menyumbangkan 4 unit Alat Pemadam Api (6kg) masing-masing kepada Kompleks Kebajikan Anak Yatim Laila Taib, Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Salvation Army, Rumah Kebajikan Toh Puan Hajah Norkiah, Rumah Seri Kenangan Kuching dan Rumah Taman Seri Puteri Kuching manakala Bomba Sarawak pula menerima 12 unit Jaket Keselamatan (saiz kanak-kanak).

Selesai sesi penerimaan, rombongan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya untuk menyaksikan demonstrasi serta pameran daripada Unit Anjing Pengesan (K9), Unit Rapid Invention Motorcycle (RIM) dan Jentera Bomba “experience”.

Hadir sama ialah YBhg Encik Amri bin Ahmad, Pengarah BSN Negeri Sarawak dan PgKB I Mohamad Fauzi bin Haji Mohamat Kifli, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Sarawak.

English EN Malay MS
Skip to content