BENGKEL KESELAMATAN MENANGANI PUNCA KEBAKARAN SAMBUNGAN HARAM BEKALAN ELEKTRIK DI BANGUNAN (AKTIVITI BITCOIN)

TARIKH : 06.02.2023, MASA : 1000 – 1600 hrs, TEMPAT: Seahorse Conference Room, Sarawak Energy Sdn Bhd (Wilayah Utara)

PROGRAM: BENGKEL KESELAMATAN MENANGANI PUNCA KEBAKARAN SAMBUNGAN HARAM BEKALAN ELEKTRIK DI BANGUNAN (AKTIVITI BITCOIN)

PENYELARAS BERSAMA SEB:

1) PgB Awangku Mohd Hazmin Bin Awang Zainal

Ketua Bahagian Penyiasatan Kebakaran Zon 6, Miri

2) En. Fabian Lee – Pegawai Keselamatan & Kesihatan SEB Sdn Bhd (Wilayah Utara)

AKTIVITI :

Bengkel ini adalah julung kali diadakan dan dianjurkan oleh JBPM Zon 6 Miri dengan kerjasama Sarawak Energy Sdn Bhd. Seramai 20 orang pegawai dan anggota dari Balai dan Zon 6 hadir untuk program ini. Sarawak Energy Sdn Bhd juga diwakili oleh 20 pegawai dan staff untuk program ini. Objektif penganjuran adalah untuk mengeratkan kerjasama antara 2 agensi di Miri, mengenalpasti kaedah terbaik dalam mengatasi masalah kecurian elektrik, mendapatkan maklumat terkini tentang SEB dan bertukar-tukar pandangan dalam masalah berkaitan dengan kebakaran terutamanya berkenaan aktiviti kecurian elektrik (aktiviti Bitcoin).

KEHADIRAN VIP :

JBPM Negeri Sarawak

1) PgKB I Henderi Bin Ardimansyah – Penolong Pengarah, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan, JBPM N. Sarawak – Mewakili YS Pengarah Bomba Sarawak

2) PgKB II Ahmad Nizam Bin Sapaiee – Pemangku Ketua Zon 6

SEB Sdn Bhd

1) En. Abdul Baderi

Head of Government Relations Kuching

2) Mohammad Saiful Bin Misi

Regional Manager (Northern Region)

PENCERAMAH/FASILITATOR ;

1) En. Collison Ngan Laing – Operation and Manitenance

Tajuk ceramah : Asas Elektrik

2) En. Husairi Bin Shahren – Revenue Management

Tajuk ceramah : Pencegahan Kebakaran Akibat Kecurian Elektrik

3) En. Rafael Anak Jiram – HSSE

Tajuk ceramah : Kesedaran Keselamatan Elektrik Semasa Bekerja Berdekatan Pepasangan SEB

4). DEMO & Mock pemasangan haram bekalan elektrik & peralatan perlombongan Bitcoin – En Husairi Bin Shahren

Closing remarks oleh ;

1. En Abdul Abderi Bin Sahamat,Head of Government Relations Kuching menyuarakan secara pendapat untuk membawa Usul Program Kolabarasi Bomba dan SEB seperti di atas untuk dijadikan Program Kolabarasi Tahunan bersama dan diperluaskan ke semua bahagian di sarawak.

English EN Malay MS
Skip to content