sjk9 sjk8 sjk7 sjk6 sjk5 sjk4 sjk3 sjk2 sjk11 sjk10 sjk1
Latihan Awam bertempat di SJK (C) Tiong Hin Sibu telah dijalankan pada pagi ini oleh pasukan bertugas. Antara pengisian program ialah Fire Drill, Pengungsian Bangunan, Ceramah Keselamatan Kebakaran, Demonstrasi Tatacara Penggunaan Alat Pemadam Api dan Pameran Jentera & peralatan kebombaan. Latihan yang telah diselaraskan oleh PBK II Terrance Anak Jimbun bersama pihak sekolah telah dihadiri seramai 410 orang guru, kakitangan dan murid sekolah. Uniknya, ceramah disampaikan dalam bahasa Mandarin oleh anggota BBP Sungai Merah iaitu PB Albert Shee Ji Long.Ini bagi memudahkan penyampaian objektif latihan kerana majoriti murid di sekolah tersebut berbangsa Cina. “Keselamatan Kebakaran, Tanggungjawab Bersama.”