AKTIVITI KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN DI KEDIAMAN RH PANJANG JAWI AK SINKI, SARIKEIBBP Sarikei22 Jun 2024 @ Sabtu0800 pagi – 1100 pagiAKTIVITI KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN DI KEDIAMAN RH PANJANG JAWI AK SINKI, SARIKEILOKASI: RH PANJANG JAWI AK SINKI, JALAN BULAT, SARIKEI Menghadiri jemputan ceramah berkaitan Kesedaran Keselamatan Kebakaran di Rh Jawi ak Sinki, jalan Bulat, Sarikei, bersempena PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI yang dianjur oleh Pejabat Penerangan Sarikei. Anggaran seramai 60 orang kehadiran penghuni Rh Panjang yang terlibat. Kehadiran Pegawai Penerangan Daerah Sarikei, En Michael Sabek, TR Jawi ak Singki dan TR Awan. Turut serta hadir dalam program berkenaan Ketua Balai, PPgB Mahmudin Narudin telah hadir bersama anggota. Pengisian program dimulakan dengan taklimat dari penerangan berkaitan Tedtalk disampaikan oleh Peg Penerangan dan seterusnya taklimat ringkas berkaitan kesedaran keselamatan kebakaran yang menekan elemen 3L dan 3P kepada komuniti rh panjang, Peranan serta pentingnya media pemadaman sebagai pencegahan awal yang disampaikan oleh Ketua Balai, PPgB Mahmudin Narudin. Latihan demonstrasi tatacara menggunakan alat pemadam api serta tatacara mengendali memadam kebakaran melibatkan kebakaran dapur memasak turut dikongsikan kepada komuniti Rh Panjang berkenaan yang dikendali oleh PB Aziz Hazizan bin Buang bersama PBB Augustine silang anak Enchangan. Aktiviti latihan telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.