21 Mei 2024 – YS TPjB Abdul Razak Muda teleh menerima pangkat sebagai Timbalan Pesuruhjaya Bomba (TPjB) Gred Utama C pada Majlis Pemakaian Tanda Pangkat Penguasa Bomba Gred Utama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang disempurnakan oleh YAS Ts. Dato’ Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. TPjB Abdul Razak Muda memulakan tugasan baharu nya sebagai Pengarah Bahagian Latihan JBPM.
Turut menerima pemakaian Tanda Pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (TPjB) Gred Utama C, YS TPjB Datu Khirudin Bin Drahman @ Hussaini dan memulakan tugasan sebagai Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM dan YS TPjB Datuk Ts. Nazili bin Hj. Mahmood dan dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan,Kejuruteraan Dan Logistik, JBPM.
Syabas dan tahniah diucapkan !



