

15 Oktober 2024 Unit Integriti JBPM dengan kerjasama JBPM Negeri Sabah telah mengadakan Roadshow Hari Bersama Pelanggan Unit Integriti Zon Borneo yang turut dihadiri olehpegawai JBPM Sarawak dan JBPM WP Labuan serta 85 orang pegawai dan anggota JBPM Sabah.
Antara pengisian program Roadshow adalah sesi taklimat Integriti yang disampaikan sendiri oleh Ketua Unit Integriti, PPjB Syed Azman bin Syed Ghazali berserta pegawai-pegawai Unit Integriti JBPM.

