29 Jun 2024 – Program Outreach Bomba Bersama Komuniti di Pulau Mabul dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr Anesee bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam(Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam.
YBhg. Datuk Dr. Anesee berkesempatan merasmikan Fire Point Pulau Mabul, serta menyaksikan simulasi Pemadaman Kabakaran Rumah Atas Air dan Jalinan Komuniti dan guru sekolah di Pulau Mabul.
Pada majlis ini juga, YBhg. Datuk Dr. Anesee turut menyampaikan sijil pentauliahan ahli pasukan Bomba Komuniti Pulau Mabul dan hadiah pertandingan yang telah diadakan pada program dilaksanakan.
Bomba Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ketua kampung dan semua penduduk kampung Pulau Mabul, guru besar dan guru SK Pulau Mabul serta pihak-pihak yang terlibat atas sokongan dan kerjasama sepanjang program dilaksanakan.