
18 April 2025. Sekalung ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada 101 Pegawai Bomba Bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah & Labuan yang telah berjaya menamatkan Kursus Asas Pegawai Bomba Bantuan Siri 1/2025.
Majlis Pentauliahan telah berlangsung dengan penuh gemilang di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sabah, dan telah disempurnakan oleh Yang Setia Timbalan Pesuruhjaya Bomba Hj. Nordin bin Pauzi, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM. Turut hadir YS PKPjB Mohd Pisar bin Aziz Pengarah JBPM Sabah dan PgKB I Abd Rahman bin Ali Pengarah JBPM Labuan.
Semoga para pegawai bomba bantuan yang baru ditauliahkan ini akan terus berbakti dengan penuh dedikasi, dan memberikan komitmen tinggi dalam mendukung misi serta visi JBPM!
#BombaSabah#JBPM#PegawaiBombaBantuan



