10 Januari 2023 – JBPM Sabah berkesempatan mengadakan Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba untuk Pegawai dan anggota yang memberikan perkhidmatan yang luar biasa dan cemerlang dalam Perkhidmatan Kebombaan. Seramai 20 Penerima terpilih telah menerima Pingat Perkhidmatan BOMBA terdiri daripada Pingat Setia Bomba, Pingat Jasa Bomba dan Pingat Cemerlang Bomba yang telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Mendahului penerima pingat Bomba, PKgB I Misran bin Bisara telah dianugerahkan Pingat Setia Bomba diikuti penerima anugerah pingat Pingat Jasa Bomba dan Pingat Cemerlang Bomba.
Majlis ini merupakan majlis terakhir YAS Dato Sri Hamdan menyempurnakan majlis di Sabah memandangkan YAS akan bersara 15 Februari 20223. Warga kerja Bomba Sabah amat berbesar hati atas kesudian YAS Dato Sri Hamdan yang tetap meluangkan masa untuk sendiri menyempurnakan majlis Penganugerahan Pingat Bomba. Di akhir majlis pegawai dan anggota turut mengambil kesempatan bersua foto bersama YAS Dato Sri Hamdan .
Warga Bomba Sabah mengambil peluang ini mengucapkan ribuan penghargaan dan ucapan terima kasih YAS Dato Sri Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid yang telah meneraju dan memimpin jabatan ke arah pemodenan pasukan kebombaan dan perjuangan beliau terhadap kebajikan pegawai dan anggota Bomba sepanjang perkhidmatan nya sebagai Ketua Pengarah, Terima kasih Dato Sri!







