30 Januari 2023 – JBPM Sabah selaras dengan Perintah Tetap Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengadakan Majlis IKAR SKAI bertempat di Dewan Serbaguna JBPM Sabah yang melibatkan seramai 65 orang pegawai dan anggota Bomba JBPM Sabah.
Ikar yang turut diketuai oleh YS PKPjB Abdul Razak bin Muda, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah dan ikar dipimpin oleh PKgB II Kenneth Wilfred, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan. Majlis Ikar turut diadakan di semua peringkat Pejabat Zon serta Balai Bomba di negeri Sabah.
Berikut sorotan gambar sekitar majlis IKAR SKAI.



