12 Disember 2024. Bahagian Operasi kebombaan dan Penyelamat Negeri JBPM Sabah telah mengadakan Lawatan Pemantaun ke Balai Bomba dan Penyelamat Putatan.
Lawatan diketuai sendiri oleh Ybrs. PgKB I Taquiddin Victor Doon, Penolong Pengarah Bahagian Operasi bersama pegawai kanan Bahagian
Objektif lawatan bagi melihat sendiri kesiapsiagaan BBP Putatan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka akan menyebabkan banjir di beberapa kawasan hotspot terutama di kawasan Putatan dan Penampang. Selain itu saringan air kencing turut diadakan kepada anggota BBP Putatan bagi memastikan pegawai Bomba bebas dari penyalahgunaan dadah. Ujian Test Call turut diadakan secara mengejut bagi mengguji dan menilai tahap respon BBP Putatan dalam menghadapi kes.
Di kesempatan ini, Tn Taquiddin turut memberi amanat ringkas kepada pegawai dan anggota serta turut mengingatkan anggota sentiasa mengutamakan keselamatan semasa menjalankan tugas.