20 – 21 April 2024 – YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dan disambut oleh PKPjB Abdul Razak bin Muda, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah. Lawatan kerja ini bertujuan merupakan salah satu program YB Timbalan Menteri untuk turun padang melihat dan meninjau keadaan balai selain mendapat input peringkat lapangan bagi meningkatkan serta menambah baik keupayaan dan kapasiti perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan terutama di negeri Sabah.
YB Datuk Hajah Aiman Athirah seterusnya pada 21 April 2024 melanjutkan lawatan kerja rasminya ke Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan seterusnya ke beberapa projek perumahan tanggungjawab KPKT di daerah Sandakan. Rombongan diiringi oleh Ketua Zon Sandakan, PgB Jasri bin Jal dan pegawai kanan.



