19 April 2024 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah berbesar hati menerima Lawatan Kerja Rasmi YBhg. Datuk Makhzan Bin Mahyuddin, Setiausaha Persekutuan Sabah berserta rombongan ke Ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah.
YBhg. Datuk Makhzan telah diberi taklimat berkaitan pengoperasian dan kekuatan anggota/jentera JBPM Negeri Sabah bagi persediaan Bomba menghadapi fasa peralihan monsun dijangka bermula 29 Mac ini dan berterusan sehingga Mei depan.
Lawatan kerja rasmi Setiausaha Persekutuan Sabah merupakan lawatan pertama beliau ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah dan beliau berharap kerjasama lebih erat antara agensi agar perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat khususnya di negeri Sabah dapat diberikan dengan lebih tersusun dan lancar selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Anwar bin Ibrahim.



